Friday 5 April 2013

Episod 4 - 1400 Tahun dahulu, siapa yang betul?


Lebih kurang 1400 tahun dahulu, sebelum Rosulullah s.a.w di tabalkan menjadi Rosul, ulama-ulama ahli kitab sudah kenal Rosulullah s.a.w, tetapi berbeza fahaman di antara satu sama lain.


Yahudi Arab
- Yahudi Arab percaya  bahawa 'Muhammad Bin Abdullah' adalah Rosul utusan Allah. Baginda hanya seorang rosul yang membenarkan rosul yang sebelumnya. Mereka tidak percaya bahawa baginda seorang Nabi dan tidak percaya kepada kitab yang diturunkan kepada baginda.


Yahudi Israel
- Yahudi Israel percaya bahawa mereka akan kembali ke Juruselam bersama orang-orang Soleh, atau dalam bahasa Hebrew di sebut sebagai  'Salihim' (righteous/salihin). Dalam catatan Talmud (hadis Nabi Musa) banyak pesanan yang didakwa datang dari Nabi Musa alaihisalam bahawa mereka akan memasuki Juruselam bersama orang soleh.
Allah memilih Rosul/Nabi dari kalangan orang-orang Soleh dan diwahyukan kitab kepadanya. Muhammad Bin Abdullah adalah orang soleh yang dimaksudkan itu.


Kristian
- Orang kristian opercaya bahawa orang soleh yang akan membenarkan Nabi Isa alaihisalam, kepadanya akan diwahyukan kitab baru (Quran) yang akan membenarkan kitab Injil dan dia akan membenarkan Nabi Isa alaihisalam. Mereka menemui bahawa orang soleh itu adalah Muhammad Bin Abdullah.


Daripada pecahan di atas maka wujud pelbagai mazhab selepas Rosulullah s.a.w wafat.
Kalau anda hidup pada zaman itu, anda berada dalam kumpulan mana?
Team A,B atau C?

Siapa yang betul?
Jika anda hidup pada zaman Rosulullah s.a.w,
Pertama, anda wajib beriman kepada kitab yang diwahyukan kepada Rosulullah s.a.w 
Kedua,beriman kepada Rosulullah s.a.w.
Taat pada Allah dan taat pada Rosul.

Banyak Mazhab-mazhab yang wujud selepas Rosulullah s.a.w tidak wujud lagi, tetapi diganti dengan nama baru yang mana fahaman itu hampir sama dengan mazhab yang sudah tidak ada lagi, contohnya, Mokhtazillah.






No comments:

Post a Comment