Friday 5 April 2013

Episod 4 - 1400 Tahun dahulu, siapa yang betul?


Lebih kurang 1400 tahun dahulu, sebelum Rosulullah s.a.w di tabalkan menjadi Rosul, ulama-ulama ahli kitab sudah kenal Rosulullah s.a.w, tetapi berbeza fahaman di antara satu sama lain.


Yahudi Arab
- Yahudi Arab percaya  bahawa 'Muhammad Bin Abdullah' adalah Rosul utusan Allah. Baginda hanya seorang rosul yang membenarkan rosul yang sebelumnya. Mereka tidak percaya bahawa baginda seorang Nabi dan tidak percaya kepada kitab yang diturunkan kepada baginda.


Yahudi Israel
- Yahudi Israel percaya bahawa mereka akan kembali ke Juruselam bersama orang-orang Soleh, atau dalam bahasa Hebrew di sebut sebagai  'Salihim' (righteous/salihin). Dalam catatan Talmud (hadis Nabi Musa) banyak pesanan yang didakwa datang dari Nabi Musa alaihisalam bahawa mereka akan memasuki Juruselam bersama orang soleh.
Allah memilih Rosul/Nabi dari kalangan orang-orang Soleh dan diwahyukan kitab kepadanya. Muhammad Bin Abdullah adalah orang soleh yang dimaksudkan itu.


Kristian
- Orang kristian opercaya bahawa orang soleh yang akan membenarkan Nabi Isa alaihisalam, kepadanya akan diwahyukan kitab baru (Quran) yang akan membenarkan kitab Injil dan dia akan membenarkan Nabi Isa alaihisalam. Mereka menemui bahawa orang soleh itu adalah Muhammad Bin Abdullah.


Daripada pecahan di atas maka wujud pelbagai mazhab selepas Rosulullah s.a.w wafat.
Kalau anda hidup pada zaman itu, anda berada dalam kumpulan mana?
Team A,B atau C?

Siapa yang betul?
Jika anda hidup pada zaman Rosulullah s.a.w,
Pertama, anda wajib beriman kepada kitab yang diwahyukan kepada Rosulullah s.a.w 
Kedua,beriman kepada Rosulullah s.a.w.
Taat pada Allah dan taat pada Rosul.

Banyak Mazhab-mazhab yang wujud selepas Rosulullah s.a.w tidak wujud lagi, tetapi diganti dengan nama baru yang mana fahaman itu hampir sama dengan mazhab yang sudah tidak ada lagi, contohnya, Mokhtazillah.






Wednesday 3 April 2013

Episod 3 - Berita Kemunculan 'Pemimpin'.


Setelah seorang 'pemimpin' dilahirkan di atas bumi, wujud dua fahaman diantara anak-anak Israel, ada yang beriman (percaya) dan ada yang menolak (tidak percaya).

Team beriman saya namakannya sebagai Team X.
Team tidak beriman saya namakannya sebagai Team Y.

Team X beriman, mereka akan meneruskan rancangan baik mereka demi masa depan keturunan mereka, mereka membuat perancangan berdasarkan agama, antara rancangan utama mereka adalah 'perpindahan'.
Mereka perlu berpindah ke tempat yang lebih selamat, jika tidak berpindah akan menjadi mangsa, mereka tahu kuasa wang tidak lagi mampu mengarah manusia setelah datang kebenaran dari Allah S.W.T.

Team Y tidak beriman, mereka tidak tahu apa-apa yang akan berlaku dan tidak dapat meramal apa-apa yang akan berlaku, mereka sedar bahawa perancangan Team X tidak boleh diganggu demi perpaduan di antara mereka. Team Y tidak mahu mengganggu perancangan Team X  supaya mereka tidak berpecah belah.
Ketika Nabi Musa alaihisalam marah kepada saudaranya Harun alaihisalam, berkata Harun,
 "Aku tidak mahu, kamu berkata aku yang memecah belahkan anak-anak Israel".
 Team Y tidak percaya, tetapi tidak mahu perpecahan berlaku di antara mereka.


Team X meneruskan rancangan agama untuk kebaikan semua manusia.
Manakala, Team Y meneruskan rancangan untuk menyelamat bangsanya.
Team Y, Mereka tidak menghalang kerja Team X, cuma berada di belakang 'tirai ngeri' yang berwarna 'orange' untuk menyelamat bangsanya.


Tuesday 2 April 2013

Episod 2 - Capital letter D has nothing to do with the team D



Team A,B,C ada kelebihan masing-masing,mereka terperinci dalam skop masing-masing.
Team A mendalami Al-Quran.
Team  B mendalami Hadis dan Sunnah.
Team C mendalami kedua-duanya sekali.

Jika Team A bermuzakarah dengan Team B untuk mencari persamaan, sudah tentu dapat mengumpul banyak ilmu yang berguna untuk kebaikan bersama sebagai orang muslim, Nabi Musa,Nabi isa dan Nabi Muhammad, mereka semua adalah muslim.

Selain Team A,B,C.  Ada Team D.
Team D adalah Team yang mengaku beriman kepada Al-Quran dan Hadis/Sunnah.
Mereka mengaku beriman kepada Al-Quran, sebenarnya mereka cuma beriman kepada sebahagian kecil dalil dari Al-Quran. Mereka mengaku beriman kepada Sunnah, sebenarnya mereka menerima sebahagian Hadis sahaja.  Mereka banyak merujuk kepada rujukan yang menyebelahi kemahuan kumpulan  mereka.

Team D bermusuh ketat dengan Team C, kerana Team C terperinci dari SELUruh aspek manakala Team D tidak terperinci dari semua aspek.

Jika Allah S.W.T memilih seorang "Pemimpin" untuk menjadi imam di atas muka bumi ini, anak-anak Israel yang mula-mula akan mengetahuinya, ramai berterima kasih,menerimanya dan mengakuinya, dan ramai juga yang menentangnya.
Selepas itu, Team C akan menbawa dakwah ke seluruh dunia, menyampaikan kepada pemimpin atasan ataupun orang bawahan,bahawa bumi ini sudah dilahirkan seorang peminpin yang di nanti-nantikan.

Selepas dakwah berjalan lancar, muncul Team D untuk menentang dakwah Team C.
Mereka menuduh Team C membawa kesesatan, tuduhan mereka kerana kejahilan mereka sendiri.

Team C boleh menyorok dalam Team A atau Team B,
 kejahatan Team D terhadap Team C akan terkena Team A dan Team B.

Selepas berlakunya peristiwa kejahatan yang dilakukan oleh Team D terhadap Team A dan Team B,
Team D menuduh dan menfitnah bahawa kejahatan itu dilakukan oleh Team C.
Team D menyebar berita  bahawa kejahatan itu dilakukan oleh Team C.
Team D adalah dalang sebenar kejahatan itu.


Team D tidak ada kaitan dengan huruf besar D.

Saturday 30 March 2013

Episod 1 - Islam Berpecah kepada 3 Golongan Besar

Umat islam hari ini berpecah kepada 3 golongan besar :

A. - Berpegang kepada kepada Al-Quran sahaja, dan tidak percaya kepada hadis dan sunnah.
        ( Orang-orang soleh sahaja...)
B. -  Berpegang kepada hadis dan Sunnah dan mengabaikan Al-Quran.
        (Orang-orang beriman kepada Rosulullah s.a.w sahaja...)
C. -  Berpegang kepada Al-Quran dam mengikut cara Rosulullah yang sahih. (orang sunni panggil 'Sunnah')
         ( dan orang orang syiah panggil sebagai 'Ahlul Bait'). (orang-orang yang beriman dan beramal soleh)
          (Orang Soleh lagi Beriman...)


Team A.
-  Team A berpegang pada Al-Quran sahaja dan menolak Hadis dan Sunnah.
 Hujah mereka, Rosulullah s.a.w mengikut Al-quran, untuk jadi macam Rosulullah, cukuplah berpegang pada Al-Quran sahaja.

Sifat Team A  :  bersabar,toleransi,pemaaf, lemah lembut, tindakan cermat....

Kebanyakan pemerintahan negara islam di pimpin oleh Team A.

Allah menyebut dalam Zabur dan mengulangi di dalam Quran,
" bahawa bumi akan diwarisi oleh orang-orang soleh"....


Team B.
Team B berpegang kepada Hadis dan Sunnah sahaja dan mengabaikan Al-Quran. Hujah mereka, hanya Rosulullah s.a.w sahaja yang lebih memahami Al-Quran , jika Al- Quran ditafsirkan oleh orang lain akan berlaku kesesatan.

Sifat team B :   Agresif, berani, kasar kepada orang yang tidak beriman, tindakan melulu....

Allah sangat adil, jika team B memegang tampuk pemerintahan, akan berlaku, banyak orang awam dijatuhkan hukuman bunuh kerana di tuduh sebagai kafir.

" orang-orang yang beriman kepada Rosulullah kasar kepada orang-orang yang tidak beriman..."

Team C.
Team C berpegang erat dengan Al-Quran dan mengikut cara Rosulullah, orang sunni memanggilnya sebagai Hadis dan sunnah, manakala orang Syiah memanggilnya sebagai Ahlul Bait.
mengikut cara Rosulullah bermakna, mengikut cara Rosulullah yang sahih yakni cara Rosulullah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran. Mereka sentiasa membaca Al-Quran dan maknanya. Al-Quran berada di dalam hati.


Sifat Team C :    Sangat garang dan Sangat penyabar.

Kelebihan Team C :  Apabila team C pergi kepada Team B, team B lemah lebut kepada Team C, kerana mereka sama-sama beriman kepada Rosulullah s.a.w,

" Kamu akan dapati bahawa mereka lembut-lembut sesama mereka..."


Jika Team A marah kepada Team C, Team A akan berdepan dengan Team B yang garang.
jika Team B marah kepada Team C, Team B akan berdepan dengan hukuman pemerintah.


KESIMPULAN:
 Orang dari golongan Team C akan menguasai dunia dan mengawal dunia, sangat sedih, kerana tidak ramai orang islam tergolong dalam kategori Team C, ahli kitab yang ramai tergolong dalam Team C.
Sebab itulah hari ini, Ahli kitab yang menguasai dunia !

Dari kecil lagi mereka mengajar kitab dan maksudnya kepada anak-anak mereka dan mengajar supaya anak-anak mereka mengikut cara Rosulullah !
Maka, tiada alasan untuk kita cemburu dengan kekuasaan mereka yaang mentadbir dunia.

Team A dan Team B wujud kerana mengikut pengaruh yahudi, Yahudi isarael beriman kepada Al-Quran sahaja, manakala Yahudi Arab beriman kepada Hadis dan Sunnah sahaja.

Kewujudan Team A dan Team B umpama :
1. Orang cina disuruh memakai baju melayu? berapa ramai yang sanggup?
2. Orang melayu disuruh membaca buku dinasti Cina? berapa ramai yang sanggup membaca?

Jika berlaku kekacauan, Team A dijanjikan pertolongan untuk menentang Team B.
Team B pula dijanjikan pertolongan untuk menentang Team A.

Sebenarnya Team C yang menguasai dunia sudah mengatur semuanya dengan izin Allah S.W.T,
siapa yang akan mendapat pertolongan dahulu dan siapa yang mendapat pertolongan kemudian.
Kemenangan dan kekalahan sudah ditentukan Allah S.W.T.

 Jika Team B ingin jadi pemerintah!
Hendaklah kembali kepada Al-Quran,kerana Hadis dan Sunnah sudah ada di dalam jiwa.

Allah lebih Mengetahui.